|
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada memetik buku nukilan Professor Harry Lewis yang menjadi Dekan Harvard College selama hampir 30 tahun (1995 hingga 2003). berjudul Excellence Without Soul (2006). Memetik apa yang dikatakan di dalam buku itu, beliau(Lewis) menjelaskan dalam usaha mehirkan pelajar dan fakulti yang tiada tolok bandingnya, Harvard lupa tentang tujuan asas pendidikan. Lebih tepat lagi, Lewis mengakui walaupun Harvard merupakan universiti agung dan dihormati, namun umum berasa sangsi terhadap nilai yang universiti itu bawa termasuk kegagalannya untuk menjelmakan sebarang nilai. Apabila kos terus meningkat, kandungan intelektual manjadi bertambah janggal dengan apa yang boleh dimergertikan oleh rakyat biasa. Walaupun universiti boleh diangggap sebagai sumber ekonomi bagi para siswazahnya, tetapi tidak pula ia bermakna sebagai sumber ilham intelektual mahupun peribadi. Malah dalam sesi temubual, beliau mengakui bahawa 'tanpa roh' sebenarnya adalah imbasan kecenderungan measyarakat semasa. Aa pun universiti sewajarnya tidak terjebak dengan keadaan tersebut dan perlu menjadi sumber ilham dan mempertahankan yang terbaik. Malangnya apabila universiti beransur-ansur bertindak sebagai sektor perniagaan, ia turut menyaksikan semangat lama yang lebih menumpukan kepada khidmat masyarakat, dan membayangkan yang terbaik bagi jiwa manusia semakin pupus. Beliau membandingkan laporan kurikulum Harvard pada 1945, General Education in a Free Society, dengan laporan pada 2003, beliau membuat kesimpulan yang jiwa universiti telah berubah kepada sesuatu yang lebih buruk. Oleh yang demikian, pada tahun 2006 beberapa usaha dilakukan untuk membawa semual idealisme 1945. Natijahnya, semua ini menjurus kepada satu perspektif yang dunia pendidikan kini rancak bergolak, malah berani dikatakan dilanda 'krisis'. Asas logik cukup mudah:agak mustahil dunia dilanda berbagai krisis-ekologi,ekonomi,sosial,geopolitik dan sebagainya, sedangkan sisem pendidikan yang ada terus tetap mantap dan kukuh. |